1. Kurang air dalam radiator
2. Paip radiator tersumbat
3. Kekotoran pada sirip radiator
4. Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
5. Sistem penyalaan kurang tepat
6. Sistem saluran petrol rosak
7. Ekzos tersumbat
8. Brek bergesel
Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Apa perlu buat?
1) Berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Jangan panik, cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.
2) Buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu (tidak perlu matikan enjin untuk langkah ini)
3) Periksa jika berlaku kebocoran pada radiator dan jika tali kipas putus. Matikan enjin jika berlaku kebocoran pada radiator ataupun tali kipas putus. Jika tiada apa yang berlaku, jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi.
4) Selepas itu, turunkan putaran enjin dan buka penutup radiator. (BUKA DENGAN BERHATI-HATI. KEMUNGKINAN SEMBURAN AIR DAN WAP PANAS)
5) Isi air ke dalam radiator secara perlahan-lahan semasa enjin dalam keadaan biasa.
6) Matikan enjin sekiranya sudah sejuk.
Pesanan dari Fortiter, untuk #fit2drive
Support our #fit2drive campaign.
https://www.facebook.com/fit2drive1
https://twitter.com/fit2drive1
No comments:
Post a Comment