Subscribe us on Youtube

Tuesday 15 October 2013

Mengantuk ?

Esok kerja? Esok ada kelas ada test ada assignment due ada itu ada ini? Kena memandu balik hari ni jugak?

Tapi...

Tadi dah makan banyak. Berganda-ganda banyak kalau dibandingkan dengan hari-hari biasa. Macam mana nak bertahan?

Di sini kami akan menyampaikan beberapa tips #fit2drive supaya anda dapat bertahan semasa memandu.

Segarkan diri dengan minuman pemberi tenaga (energy drink). Pelbagai jenis minuman pemberi tenaga boleh didapatkan di kiosk-kiosk pam minyak.

Makan apa-apa jenis makanan yang bersesuaian untuk menyegarkan anda dengan perlahan-lahan. Jangan pula makan dengan gelojoh, jika tercekik, anda pula menjadi punca kemalangan.

Minum dengan perlahan-lahan. Kebanyakan pemandu suka untuk minum kopi/nescafe yang mengandungi kafein yang berupaya menyegarkan kita.

Kurangkan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula. Kajian mendapati gula bertindak memberi beberapa kesan, antaranya pening dan menyebabkan otak kita berada dalam keadaan separa sedar. Seperti juga jika anda makan benda yang sangat manis pada kadar yang sangat banyak, pasti kepala anda akan pening bukan?

Jika memandu di malam hari, buka lampu dalam kenderaan mengikut keselesaan anda. Kegelapan sepenuhnya menyebabkan hormon melatonin terhasil, dimana hormon tersebut menyebabkan kita mengantuk.

Tetapkan suhu kenderaan anda kurang dari yang anda selesa. Apabila berada dalam suasana yang kita tidak gemar, akan susah untuk kita mengantuk.

Kunyah gula-gula getah sepanjang perjalanan. Ianya membantu untuk mengelakkan kita mengantuk.

Lapkan muka dan leher anda menggunakan kain yang basah. Ini sangat membantu untuk menyegarkan diri!

Dengar lagu-lagu yang anda tidak gemari. Semakin anda tidak suka lagu itu, semakin bagus untuk menyegarkan diri anda.

Menyanyi bersama ketika mendengar lagu-lagu dimainkan samada dari radio, CD mahupun USB.

Berbual dengan orang lain di dalam kereta. Jangan pula berbual di telefon bimbit. Bahaya!

Buka tingkap. Angin yang kuat dan sejuk akan membantu anda untuk kekal segar.

Secara berkala, gerakkan anggota badan anda secara bersederhana. Pusing kepala ke kanan dan kiri. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Jika diperlukan, tamparlah muka anda sendiri. Pasti segar!

Semoga tips-tips ni dapat membantu anda dalam mengekalkan kesegaran diri sewaktu memandu! Boleh share kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja!

Tips ini dibawakan oleh kami, Fortiter untuk #fit2drive
Support our #fit2drive campaign.
https://www.facebook.com/fit2drive1
https://twitter.com/fit2drive1


No comments:

Post a Comment